Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pemandu Toyota Vios maut dalam kemalangan di NPE

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu maut manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang dipandu terbabas dan terbakar di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) arah Pantai Dalam pagi ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Sohirol Rizal Madon berkata, kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang terbakar 100 peratus selepas terbabas dan terbakar.

Beliau berkata, laporan mengenai kejadian diterima oleh Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur pada pukul 8.28 pagi tadi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh digerakkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

“Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sohirol berkata, seorang lagi mangsa di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapat rawatan.

Operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran selesai pada pukul 9.40 pagi ini.

Show More

Related Articles

Back to top button