BERITA SEMASA

TH nafi lantik pihak ketiga tawar skim simpanan haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan sebarang dakwaan bahawa pihaknya menawarkan atau mempromosikan skim simpanan haji menerusi pihak ketiga.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat untuk menawarkan skim simpanan haji kepada orang ramai.

“Kerjasama strategik antara TH dan Hong Leong MSIG Takaful (HLM Takaful) adalah bagi produk TH Khairat sahaja dan bukan skim simpanan haji,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, khalayak dinasihatkan jangan mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau promosi yang menggunakan nama TH tanpa pengesahan rasmi.

“Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat serta berurusan hanya melalui saluran rasmi TH,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button