Berita Semasa

Belanjawan 2025: Lebih RM230 juta diperuntuk untuk sukan

KUALA LUMPUR – Pembangunan sukan negara terus diperhebat dengan peruntukan lebih RM230 juta dengan termasuk dana melibatkan program podium, latihan atlet dan Road to Gold (RTG) dan persiapan atlet Para menjelang sukan Para dunia termasuk Deaflympic Tokyo 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, kerja-kerja menyelenggara dan membaiki kemudahan belia dan sukan seluruh negara serta geran padanan sukan.

Katanya, bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, RM15 juta disediakan kepada skuad Harimau Malaya termasuk bawah 18 dan 13 tahun.

“Dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Anwar turut mengumumkan peruntukan RM1 juta terhadap pembangunan sukan kriket di Malaysia.

Pada masa sama katanya, RM20 juta disediakan kerajaan untuk memperkasa ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan.

“Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan diberikan ke atas ganjaran hadiah wang tunai kemenangan sukan yang diterima oleh pemenang atlet individu dan pasukan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang diberikan oleh Kerajaan melalui Majlis Sukan Negara (MSN),” tambahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button