Berita SemasaSukan

‘Tahniah Aaron-Khai Xing tamatkan penantian 13 tahun’ – Hannah

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu Aaron Tai-Kang Khai Xing kerana muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China, hari ini.

“Tahniah kepada Aaron Tai dan Kang Khai Xing yang menamatkan penantian Malaysia untuk kembali memiliki juara remaja dunia dalam acara beregu lelaki selepas 13 tahun di Kejohanan Badminton Remaja Duniam” kata Hannah dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Aaron-Khai Xing menewaskan pasangan beregu tuan rumah, Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-18, 15-21, 21-18.

Hannah turut mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu Dania Sofea-Low Zi Yu yang merangkul pingat perak dalam acara beregu wanita.

Dalam acara tersebut, beregu wanita negara tewas 17-21,17-21 kepada beregu Jepun, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki.

Show More

Related Articles

Back to top button