Viktor Axelsen umum persaraan
COPENHAGEN – Bekas pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik dua kali, Viktor Axelsen mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton selepas gagal mencapai tahap kecergasan penuh susulan masalah belakang yang berulang.
Axelsen,32, sering mengalami kecederaan serius di bahagian belakang yang menyebabkan kesakitan saraf teruk pada kaki kirinya seja dua tahun lalu, lapor Badminton Europe, hari ini.
“Perkara paling sukar ialah saya sebenarnya masih mempunyai motivasi, keinginan dan kegembiraan untuk bermain. Namun, disebabkan masalah belakang, tubuh saya tidak lagi membenarkan saya melakukan apa yang diperlukan untuk berada di tahap tertinggi.
“Itulah sebabnya saya katakan bukan saya membuat keputusan ini. Badan saya yang seolah-olah membuat keputusan untuk saya, malangnya. Itulah bahagian paling sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kerana sukar bila kita sendiri tidak dapat membuat keputusan itu,” kata Axelsen dalam satu temu bual bersama media antarabangsa.
Axelsen merupakan salah seorang pemain badminton paling berjaya dalam sejarah, dengan pencapaian dua pingat emas Olimpik berturut-turut (2020, 2024), dua Kejohanan Dunia (2017, 2022), serta pelbagai gelaran Super 1000, menjadikannya pemain pertama melengkapkan Super 1000 Slam dalam satu tahun kalendar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








