SUKAN

Kejohanan Badminton Asia: Zii Jia tewas seawal pusingan pertama

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama di Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023), sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.

Pemain nombor empat dunia itu terpaksa akur selepas ditunjukan jalan keluar oleh pemain Hong Kong, Ng Ka Long 19-21, 16-21 pada aksi yang berlangsung di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Untuk rekod, ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia di tangan lawan berkenaan selepas turut kecundang ketika saingan Masters Indonesia, Januari lalu.

Kemenangan menyaksikan Ka Long yang menghuni ranking ke-17 dunia akan bertemu pemain Jepun, Kanta Tsuneyama bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sebelum kejohanan di Dubai itu, Zii Jia sempat menjalani latihan selama dua minggu di Hong Kong bersama barisan pemain negara itu termasuklah Ka Long.

Pada edisi tahun lalu di Manila, Filipina, Zii Jia muncul juara Asia buat kali pertama selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di pentas final.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button