BERITA SEMASASUKAN

Lee Zii Jia tarik diri Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 yang dijadual berlangsung di Tokyo dari 15 hingga 20 Julai ini.

Maklumat mengenai penarikan diri itu dimaklumkan menerusi kemas kini terkini di laman rasmi Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), yang tidak menyenaraikan nama Zii Jia dalam kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasukan kendalian pemain berusia 27 tahun itu berhubung sebab penarikan diri tersebut.

Baca juga : Lee Zii Jia tolak sertai RTG, jawatankuasa hormat keputusan

Kelmarin, Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan Zii Jia berada dalam keadaan baik dan tiada perkara yang perlu dibimbangkan mengenai tindakannya berkongsi beberapa lakaran misteri di media sosial sehari sebelumnya.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata pihaknya, selain Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sudah menghubungi Team LZJ bagi mendapatkan kepastian mengapa pemain itu bertindak sedemikian.

Hantaran misteri yang dimuat naik oleh Zii Jia kini meraih lebih 131,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai maksud sebenar di sebalik perkongsian itu.

Ada yang mendakwa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mungkin sedang bergelut dengan isu kesihatan peribadi atau mental.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button