
KPKM timbang tamatkan subsidi telur ayam gred A, B dan C
Penjimatan dapat dimanfaatkan untuk bangunkan sektor agromakanan yang lain
PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang mempertimbangkan untuk menamatkan pemberian subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi itu wajar ditamatkan sekiranya bekalan telur tersebut telah kembali pulih dan stabil di pasaran tempatan.
“Saya dimaklumkan, kerajaan memperuntukkan hampir RM100 juta setahun bagi pemberian subsidi bagi tiga gred telur itu.
“Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi tersebut,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan KPKM, di sini hari ini.
Tambahnya, sekiranya penamatan itu dilaksanakan, penjimatan itu akan dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan yang lain, yang lebih mendesak.
Untuk rekod, pada tahun lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM927 juta bagi subsidi telur ayam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








