BERITA SEMASA

Subsidi bahan api pengangkutan kekal walau tekanan global – KPDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga subsidi diesel dan petrol RON95 bagi sektor pengangkutan awam serta barangan terpilih melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) meskipun berdepan tekanan inflasi global serta lonjakan harga minyak mentah susulan konflik Asia Barat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan, melalui SKDS dan SKPS, harga bahan api bagi kenderaan pengangkutan terpilih dikekalkan pada kadar subsidi menerusi penggunaan fleet card.

Menurut kenyataan itu, kadar harga ditetapkan adalah RM2.15 seliter bagi diesel untuk pengangkutan barangan dan RM1.88 seliter bagi diesel untuk pengangkutan awam.

“Selain itu, petrol RON95 bagi pengangkutan awam dan barangan terpilih pula dikekalkan pada harga RM2.05 seliter,” katanya dalam kenyataan.

Jelas KPDN lagi, langkah tersebut penting bagi memastikan kos operasi pengangkutan tidak meningkat, sekali gus membantu mengawal harga barangan dan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.

“Orang ramai boleh menyemak kelayakan kenderaan masing-masing melalui portal rasmi KPDN bagi memastikan mereka layak menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button