Warga KPKM hasilkan ‘Kolam’ semarakkan Deepavali 2025
PUTRAJAYA – Sambutan Deepavali di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada tahun ini diserikan dengan penghasilan seni hiasan lantai tradisional atau ‘Kolam’.
Seramai 30 warga KPKM terutamanya daripada kaum India bekerjasama menyiapkan hiasan tersebut yang merupakan simbolik bagi festival cahaya itu.
Melalui hantaran di media sosial, KPKM memberitahu, inisiatif itu lahir daripada cetusan idea Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak yang menggalakkan warga KPKM kaum India untuk mencipta sendiri hiasan kolam bagi menyemarakkan sambutan Deepavali.

Hiasan tersebut turut menerima sentuhan dekorasi daripada Isham sendiri sehari sebelum acara berlangsung.
Seni kolam yang dihasilkan bukan sahaja mengekalkan keunikan tradisi masyarakat India malah menampilkan konsep pertanian yang menjadi ‘core business’ KPKM.
Dalam ucapannya, Isham turut merakamkan penghargaan kepada semua warga yang terlibat.
“Program seperti ini dapat menonjolkan nilai-nilai Malaysia MADANI termasuk semangat hormat-menghormati di kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Turut hadir pada acara itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Luqman Ahmad, ketua-ketua jabatan/agensi serta pegawai-pegawai kanan KPKM dan jabatan/agensi berkaitan.
Acara sambutan Deepavali KPKM dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober 2025 dan kehadiran serta penglibatan aktif warga kementerian dalam menghasilkan kolam diharapkan dapat memperkukuh semangat perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya di tempat kerja.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








