Berita SemasaPM X

PM akan umum berita baik petang ini?

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan beberapa berita baik buat seluruh rakyat Malaysia pada pukul 2 petang ini.

Sidang akhbar tersebut dijangka akan disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial termasuk Facebook Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Perdana Menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Jumaat lalu menjelaskan beliau akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter memaklumkan yang Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.

“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” ciapnya.

Ciapan itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah berita gembira berkenaan dan ramai menjangkakan ia akan berkaitan dengan pemberian tol percuma sempena perayaan.

Show More

Related Articles

Back to top button