
JENAYAH & MAHKAMAH
SPRM tuduh seorang bekas MB esok
CYBERJAYA – Seorang bekas menteri besar Perlis dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar di Perlis, esok.
Menerusi jemputan kepada media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bekas menteri besar itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar pada pukul 8.30 pagi.
“Dengan ini adalah dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang bekas menteri besar,” kata kenyataan itu.
Walaupun identiti bekas menteri besar itu tidak didedahkan, media menamakannya sebagai Datuk Seri Azlan Man.
Memetik sumber Utusan Malaysia, bekas Adun Bintong itu akan dituduh mengikut Seksyen 18 Akta SPRM iaitu kesalahan memberi atau menerima rasuah.
Pada pemilihan UMNO baru-baru ini, Azlan gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian Kangar.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















