BERITA SEMASA

Gempa Sumatera dirasai di negara ini

KUALA LUMPUR – Gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10.59 malam tadi menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan penempatan di barat Semenanjung Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter itu dirasai di beberapa negeri termasuk Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 10:59 malam, 3 April 2023 di koordinat 0.9° Utara dan 98.8° Timur magnitud : 6.2

“Gempa berpusat 84 km Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 86 km.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Bomba KL menerima laporan berlaku gegaran di Rumah Pangsa Pudu Impian 1 yang dirasai penghuni di situ, dipercayai kesan gempa berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button