SUKAN

Cristiano Ronaldo nafi bakal gantung ‘boot’

LISBON – Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa dia akan bersara daripada arena bola sepak antarabangsa dalam masa terdekat.

Ronaldo berkata, tidak terlintas di fikirannya bahawa dia akan meninggalkan pasukan Portugal, sebaliknya dia lebih bersemangat untuk beraksi.

“Itu semua daripada media. Ia tidak pernah terlintas di fikiran saya yang karier saya (bersama Portugal) akan berakhir, sebaliknya ia membuatkan saya lebih bersemangat.

“Misi saya ialah memenangi Liga Negara-Negara bersama pasukan kebangsaan. Kami sudah memenanginya sekali dan kami mahu mengulanginya.

“Saya akan mengatakan perkara yang sama berulang kali, tetapi saya tidak berfikir jauh ke depan, sentiasa jangka pendek,” katanya memetik laporan Reuters.

Portugal akan melayan kunjungan Croatia dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara esok sebelum bertemu Scotland dalam Liga A Kumulan Satu pada Ahad.

Ronaldo menerajui Portugal ketika memenangi edisi sulung Liga Negara-Negara pada musim 2018-19, tiga tahun selepas mereka menjuarai Kejuaraan Eropah buat pertama kali di Perancis.

“Sehingga karier saya berakhir, saya akan sentiasa menetapkan dalam fikiran saya yang saya akan memulakan permainan.

“Apa yang saya rasa sekarang, dan kata-kata pengendali (Roberto Martinez) juga senada, yang saya akan terus menjadi aset untuk pasukan kebangsaan dan akan menjadi orang pertama (mengakuinya) apabila ia berakhir.

“Apabila tidak lagi menjadi aset, saya akan jadi orang pertama meninggalkan (pasukan),” kata Ronaldo lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button