Berita Semasa

IPD Hulu Terengganu laksana simulasi serangan, persediaan hadapi ancaman pengganas

KUALA BERANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu hari ini mengadakan simulasi serangan empat lelaki bersenjatakan parang dan pedang sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman pengganas dan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, simulasi itu diadakan sebagai panduan kepada pegawai dan anggota polis yang bertugas sekiranya berdepan situasi seumpamanya.

“Kejadian seperti ini jarang berlaku, (namun) pendedahan yang diberikan seperti ini dapat memberi peringatan kepada semua pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan.

“Seramai 95 pegawai dan anggota polis bersama pegawai dan anggota bomba serta kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbabit dalam simulasi serangan ke atas IPD Hulu Terengganu ini.

“Kita turut memanggil semua anggota dan pegawai dari balai yang ada di daerah ini bagi memastikan mereka mendapat kefahaman serta ilmu sewajarnya sekiranya berdepan situasi seperti ini,” katanya kepada pemberita katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri simulasi tersebut, di sini hari ini.

Menerusi simulasi itu, seorang anggota polis yang sedang mengawal pos kawalan cedera pada bahagian rusuk setelah diserang empat lelaki bersenjatakan parang dan pedang.

Kesemua ‘susppek serangan’ tersebut kemudiannya berjaya ditahan dengan seorang daripadanya patah tangan.

Show More

Related Articles

Back to top button