BERITA SEMASA

Bekal senjata, jaket kalis peluru kepada AKPS wajar dilaksanakan – Lee Lam Thye

CYBERJAYA – Cadangan supaya pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dibekalkan dengan senjata dan jaket kalis peluru adalah wajar kerana tugasan mereka yang berisiko diserang.

Menurut Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, cadangan itu dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan anggota daripada risiko ancaman susulan insiden tembakan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, pagi semalam.

“Memandangkan tugas mereka melindungi sempadan, terdapat pelbagai risiko serangan dari penjenayah-penjenayah yang melakukan penyeludupan. Ini bukan sahaja daripada dalam negara, malah mungkin juga terdapat ancaman jenayah dari sempadan luar negara yang dijaga oleh AKPS.

“Selaku agensi yang baru ditubuhkan, pegawai daripada unit ini kurang diberikan kelengkapan yang mencukupi dalam menjalankan tugas mereka. Oleh hal yang demikian, cadangan untuk memberikan senjata dan PPE adalah wajar buat mereka yang berisiko diserang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, keperluan kendiri itu dipercayai akan meningkatkan lagi taraf keselamatan anggota yang menjalankan tugas berisiko tinggi seperti tugas mereka yang melindungi sempadan.

“Sememangnya mengejutkan, walaupun serangan ini cubaan untuk menakut-nakutkan pihak berkuasa yang menjaga sempadan negara mujur kejadian ini tidak membabitkan kehilangan nyawa,” katanya.

Oleh demikian, beliau berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi supaya memastikan pasukan AKPS dilengkapi peralatan keselamatan yang sesuai, sekali gus melindungi mereka sepanjang menjalankan bertugas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button