LUAR NEGARA

Trump cedera ditembak ketika berkempen

PENNSYLVANIA – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan cedera setelah ditembak lelaki tidak dikenali ketika sedang berkempen di bandar Butler, Pennsylvania, hari ini.

Trump, yang kini sedang dalam rangka kempen bagi pilihan raya presiden, dilaporkan cedera di telinga kanannya.

Menurut agensi Secret Service yang bertanggung jawab terhadap keselamatan beliau, seorang penembak yang belum dikenal pasti telah melepaskan bebeapa das tembakan ke arah pentas utama di mana Trump sedang berucap.

Menurut agensi berkenaan, penembak tersebut berjaya ditembak mati oleh unit anti penembak tepat mereka.

“Penembak berjaya dineutralkan oleh anggota kami.

“Dalam inisiden ini, seorang penyokong kempen Trump turut terbunuh, manakala dua lagi cedera dan berada dalam keadaan kritikal,” kata agensi berkenaan dalam satu kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button