Luar Negara

Wanita maut jatuh dari tingkat tiga gimnasium

Berlaku ketika mangsa sedang bersenam menggunakan mesin treadmill

PONTIANAK – Seorang wanita maut setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah gimnasium ketika sedang menggunakan mesin treadmill, semalam.

Difahamkan, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu merupakan seorang ahli tetap pusat kecerdasan tersebut.

Ketika kejadian, wanita malang itu sedang berjoging menggunakan salah satu treadmill di gimnasium berkenaan.

Malangnya, kejadian tidak diingini berlaku apabila wanita itu tidak dapat mengawal pergerakan kakinya mungkin kerana treadmill terlalu laju, lalu menyebabkan dia terjatuh ke belakang.

Dia kemudiannya terjatuh dari tingkat tiga gimnasium tersebut gara-gara tingkap di belakangnya terbuka luas.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah yang dialaminya.

Video kejadian turut tular di laman media sosial dan menjadi bualan dalam kalangan warga maya.

Show More

Related Articles

Back to top button