Sukan

One Championship: Jojo tewas kepada juara dunia 5 kali dari Vietnam

BANGKOK – Jaguh muay thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar tewas kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan di Impact Arena di sini sebentar tadi.

Bintang muda yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu tewas menerusi keputusan pengadil kepada lawan berusia 34 tahun itu.

Memetik laporan Astro Arena, pada pusingan pertama menyaksikan Jojo memberikan tekanan tanpa henti, melakukan serangan demi serangan.

Jojo mengajak lawan bertempur di pusingan kedua, dengan skrip sama ditampilkan, mengasak Nguyen dalam usaha untuk menghasilkan serangan demi serangan.

Di sebalik serangan ke arah kaki kiri Jojo oleh Nguyen, petinju Muay Thai negara itu tetap menampilkan corak serangan positif sehingga tamat perlawanan.

Selepas tiga pusingan berakhir, keputusan pengadil memilih Nguyen sebagai pemenang perlawanan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button