Selangor sambut baik cadangan kerjasama dengan Jojo bangunkan muay thai
SHAH ALAM – Selangor menyambut baik hasrat atlet muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dalam membantu pembangunan ekosistem sukan muay thai di Malaysia khususnya di Selangor.
EXCO Belia, Sukan dan Keusahawan Selangor, Mohd Najwan, berkata, dalam kunjungan atlet itu ke pejabatnya semalam, Jojo telah menyatakan hasrat untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan sukan muay thai di Malaysia khususnya Selangor.
“Jojo yang kini sedang menjalani latihan sepenuh masa di Thailand turut menzahirkan hasrat untuk memainkan peranan lebih aktif dalam membantu pembangunan ekosistem sukan muay thai di Malaysia khususnya di Selangor.
“Saya menyambut baik hasrat Jojo dan menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk turut serta membantu pembangunan sukan muay thai menerusi kolaborasi masa hadapan yang berpotensi digerakkan secara praktikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Mohd Najwan, pihaknya turut membincangkan pelbagai perkara terkait pembangunan sukan muay thai merangkumi aspek kejurulatihan, fasiliti kecergasan, pusat latihan serta penganjuran acara.
“Semalam, saya meraikan kunjungan Jojo, atlet muay thai negara bersama ibu bapa beliau yang mana kami membincangkan pelbagai perkara terkait pembangunan sukan muay thai merangkumi aspek kejurulatihan, fasiliti kecergasan, pusat latihan, penganjuran acara dan lain-lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








