Kolaborasi Elrah Exclusive, Rodtang angkat baju Melayu ke persada dunia
KUALA LUMPUR – Dengan pemilihan barisan duta yang bukan calang-calang hebatnya, Elrah Exclusive kini terbukti mampu mengangkat pakaian tradisional Melayu ke persada dunia.
Buktinya, kolaborasi antara Elrah Exclusive dengan petarung One Championsip, Rodtang Jitmuangnon mencipta satu sinergi yang unik apabila dunia fesyen dan sukan tempur bergabung.
Terdahulu, semasa sesi bersemuka dengan Takeru Segawa menjelang acara ONE 172, Rodtang mencuri perhatian ramai apabila dia tampil segak dengan baju Melayu berwarna hitam, lengkap dengan bersamping.
Menerusi perkongsian di laman sosial One Championship, Rodtang menyatakan bahawa pakaian yang dikenakannya adalah sebagai simbolik kepada bulan Ramadan dan mewakili umat Islam.
“Ini adalah bulan Ramadan, jadi saya memakai ini untuk mewakili umat Islam,” katanya yang menunjukkan sokongan dan rasa bangganya menggayakan baju melayu Elrah Exclusive pada acara itu.

Dalam perkembangan sama, pengasas jenama terkenal Elrah Exclusive, Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman, memuat naik video Rodtang yang kelihatan bangga mengenakan pakaian tradisional Melayu tersebut.
“Bila seorang juara dunia mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan dan identiti yang dijulang.
“Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli?
“Kita bukan sekadar melihat sejarah kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami @elrahexclusive @Elrahworldwide .
“Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita,” katanya dalam hantaran di TikTok.
@elazman Takkan Melayu hilang di dunia. Bila seorang juara dunia, @รถถัง จิตรเมืองนนท์ , mengenakan Baju Melayu di pentas global seperti @ONE Championship Tokyo, itu bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan, dan identiti yang dijulang. Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli? Kita bukan sekadar melihat sejarah kita sedang menulisnya. Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami @elrahexclusive @Elrahworldwide . Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita. good luck @rodtang_jimungnon dan @Tawanchay
Dalam hantaran lain, El Azman teguh berpendirian mengenai pemilihan warna hitam yang dipilih untuk Rodtang beraksi pada acara ‘face-off’.
Jelasnya, warna hitam bukan sekadar warna, tetapi simbol dengan makna yang mendalam kerana ia sering dikaitkan dengan kekuatan, keberanian, keanggunan serta misteri.
Dalam pada itu, kejayaan Elrah Exclusive kini mencapai satu garis yang cukup membanggakan apabila mampu membawa produk tempatan ke persada antarabangsa.
Bukan sahaja menembusi pasaran Asia, kini Elrah Exclusive dibawa di pentas sukan dunia yang baru-baru ini dipertemukan di Tokyo.
Dengan slogan “Elrah Exclusive Terpalinggg Mendonia 2025!”, kini jenama tersebut telah berjaya berada di pentas dunia paling berprestij dan disebut-sebut di peringkat antarabangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







