Berita Semasa

Cyber Security Malaysia siasat insiden kebocoran maklumat pengguna MySejahtera

KUALA LUMPUR – Cyber Security Malaysia (CSM) akan memulakan terhadap insiden kebocoran maklumat pengguna aplikasi MySejahtera seperti yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengumumkan tindakan selanjutnya selepas laporan siasatan CSM dilengkapkan.

“Berkenaan isu data MySejahtera seperti yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (Pakatan Harapan), saya telah arahkan CSM melakukan siasatan berkenaan isu ketirisan data bagi aplikasi itu.

“InsyaAllah bila laporan itu disiapkan, SKMM akan keluarkan kenyataan. Ini penting kerana saya percaya polis juga akan lakukan siasatan dan bagi agensi yang lain terpulang kepada pengumuman,” katanya pada satu sidang akhbar selepas persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Baru-baru ini, laporan LKAN menyebut sebanyak 3 juta maklumat pengguna aplikasi MySejahtera telah diakses secara mencurigakan daripada satu akaun Super Admin, menerusi beberapa IP yang berbeza.

Di samping itu, terdapat 1.12 juta cubaan memecah masuk aplikasi tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button