Boon Heong pernah jadi mangsa scam, rugi RM2.5 juta
KUALA LUMPUR – Selepas pendedahan pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, seorang lagi atlet badminton negara mengaku pernah menjadi mangsa sindiket penipuan.
Pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Tan Boon Heong mendedahkan beliau pernah kerugian lebih RM2.5 juta apabila ditipu oleh individu yang dikenali melalui skim pelaburan.
Malah katanya, wang simpanannya berjumlah RM160,000 lesap apabila ditipu buat kali kedua.
Pendedahan itu dikongsikan Boon Heong susulan kejadian yang menimpa Pei Jing baru-baru ini apabila kehilangan hampir keseluruhan wang simpanan selepas diperdaya sindiket penipuan.
“Saya ditipu kali pertama AS$500,000 dan sekali lagi RM160,000.
“Menyerahkan wang hasil titik peluh sendiri kepada orang lain dan mengharapkannya kembali semula adalah mustahil.
“Cadangan saya adalah supaya kita semua lakukan perkara yang kita boleh kawal. Jika tidak mampu mengawalnya, jangan sesekali terlibat,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.
Bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 itu membuat pendedahan itu sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mudah terjerat dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan segera dan berlipat kali ganda.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








