SUKAN

Terbuka Hong Kong: Jun Hao singkir Zii Jia di pusingan pertama

HONG KONG – Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta kejutan apabila menewaskan rakan senegara, Lee Zii Jia dalam aksi pusingan pertama Terbuka Hong Kong 2025, hari ini.

Jun Hao, 25, mempamerkan permainan mantap untuk menundukkan bekas juara All England itu dengan keputusan straight set, 21-16, 21-16 dalam masa 40 minit.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Jun Hao ke pusingan kedua, manakala Zii Jia terpaksa akur dengan penyingkiran awal dalam kejohanan bertaraf Super 500 berkenaan.

Pertembungan dua wakil Malaysia itu menjadi tumpuan peminat badminton tanah air dengan Jun Hao dilihat semakin konsisten selepas beberapa siri kejohanan antarabangsa sebelum ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button