BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

I MISHANG mahu lahir lebih ramai usahawan kecantikan wanita

KUALA LUMPUR – Jenama penjagaan kulit profesional AI SEE LIFE menerusi produk I MISHANG tampil dengan pendekatan berbeza apabila bukan sahaja memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit premium, malah mahu membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan dalam industri kecantikan.

Usaha itu diperkukuhkan menerusi pelantikan bekas pemain badminton negara, Wong Mew Choo sebagai duta jenama yang dilihat mampu membawa inspirasi kepada golongan wanita untuk lebih berdikari dan membina kerjaya sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif I MISHANG, Sheri Yap berkata, syarikat itu komited membuka peluang kepada wanita termasuk ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya (OKU) untuk dilatih sebagai pengusaha serta pakar kecantikan profesional.

Menurut beliau, syarikat menyediakan latihan kemahiran, peluang pekerjaan dan bimbingan kepada mereka yang berminat membina masa depan dalam industri kecantikan.

“Selagi mereka mahu belajar dan berusaha, kami bersedia membantu melatih mereka supaya mampu menjana pendapatan sendiri secara stabil.

“Kami mahu industri kecantikan ini bukan sekadar tertumpu kepada penampilan, tetapi menjadi platform untuk mengubah kehidupan seseorang,” katanya.

Wong Mew Choo (dua dari kiri) bersama Sheri Yap (tiga dari kiri), Emma Maembong, YM Sharifah Wani Jamalullai dan YM Tunku Dayang Adelene Bahjah.

Tambah beliau, I MISHANG mengetengahkan konsep penjagaan kulit berasaskan kesejahteraan dan gaya hidup dengan penekanan terhadap produk selamat tanpa hormon, logam berat serta bahan terlarang.

Katanya, syarikat juga tidak mengamalkan sistem pembelian pakej atau tambah nilai yang sering membebankan pengguna, sebaliknya memberi fokus kepada penggunaan produk secara lebih praktikal dan berkesan.

Malaysia menjadi pilihan pasaran baharu kerana kesedaran penjagaan kulit yang berkembang pesat dengan pengguna begitu menghargai produk yang berkesan dan berfungsi. Secara tidak langsung menjadikannya sebagai pintu masuk strategik untuk pengembangan ke Asia Tenggara.

“Kami menyasarkan pengguna bandar berumur 20–45 tahun, dengan fokus utama kepada golongan 25–40 tahun yang peka terhadap penjagaan kulit dan mementingkan keberkesanan sesuatu produk.

“Jenama ini berada dalam segmen pertengahan ke premium, bermula di Malaysia sebagai pasaran utama sebelum berkembang ke seluruh Asia Tenggara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Wong Mew Choo berkata, faktor utama beliau menerima tawaran sebagai duta jenama itu adalah kerana tertarik dengan usaha syarikat membantu wanita dan golongan memerlukan mendapatkan peluang pekerjaan.

Wong Mew Choo bersama suami, Lee Chong Wei pada majlis pelancaran produk I MISHANG, baru-baru ini.

“Saya melihat mereka bukan sekadar menjual produk kecantikan, tetapi mahu membantu orang lain membina kehidupan lebih baik.

“Itu yang membuatkan saya bersetuju untuk bersama jenama ini kerana ia mempunyai nilai sosial yang positif,” ujar isteri kepada bekas pemain badminton no satu dunia, Datuk Lee Chong Wei itu lagi.

Menurut beliau, selama ini beliau lebih memberi tumpuan kepada keluarga dan jarang menerima tawaran komersial, namun pendekatan yang dibawa I MISHANG memberi makna yang lebih besar kepada masyarakat.

I MISHANG yang sudah beroperasi lebih 12 tahun di China kini mula memperluaskan pasaran di Malaysia dengan produk mereka boleh didapati di 20 outlet serta platform e-dagang syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button