SUKAN

LCW kecam pemain bercuti ke luar negara menjelang Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR – Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merumuskan kegagalan pemain kebangsaan di PETRONAS Terbuka Malaysia adalah disebabkan tidak melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan pembuka tirai musim 2024 itu.

Malah, bekas pemain nombor satu dunia itu turut membangkitkan persoalan mengenai tindakan segelintir pemain yang bercuti di luar negara ketika sambutan Hari Krismas meskipun mereka sedar Terbuka Malaysia akan bermula pada 9 Januari.

Katanya, untuk berjaya di peringkat tertinggi, ia menuntut pengorbanan tinggi daripada setiap pemain.

“Ini adalah permulaan yang buruk untuk tahun ini.

“Saya harap pemain selepas ini sedar dengan tanggungjawab mereka, mereka perlu berkorban untuk kerjaya mereka.

“Saya tengok di media sosial ada pemain yang bercuti di luar negara sewaktu Krismas sedangkan mereka tahu Terbuka Malaysia akan bermula pada 9 Januari. Bukan saya mahu kata tidak boleh bercuti, tetapi kena tahu tengok masa.

“Pemain pergi bercuti selepas itu balik tinggal berapa hari saja lagi untuk Terbuka Malaysia bermula. Sebagai bekas pemain, saya tahu, kita balik daripada cuti bukan boleh terus buat latihan penuh.

“Pemain kena berkorban untuk capai apa yang mereka impikan, tiada jalan mudah.

“Saya dulu Tahun Baru Cina pun cuti satu hari saja, bukan cakap saya bagus, tetapi boleh tanya kepada mana-mana jurulatih yang pernah latih saya, macam mana cara saya kerana saya sedar saya perlu berkorban untuk berjaya,” katanya memetik laporan BH Sukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button