Jenayah & Mahkamah

Kes rasuah: Tiga pegawai kanan direman empat hari, seorang disambung reman tiga hari

KOTA BAHRU – Empat pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan kes rasuah dan tuntutan palsu, hari ini.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Seksyen, Nik Haibri Muhamad selepas menerima permohonan dibuat SPRM hari ini.

Tiga suspek yang berumur antara 40 hingga 49 tahun itu disyaki meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Sehubungan itu, seorang pegawai yang ditahan pada 30 April lalu pula menyambung perintah reman selama tiga hari mulai esok bagi membantu siasatan tuntutan palsu yang dibuat sejak tahun lalu.

Suspek sebelum ini direman selama enam hari dan tamat pada hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17a Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 bagi tiga suspek terbabit dan Seksyen 18 Akta SPRM 2019 bagi pegawai yang menyambung tempoh reman itu.

Tiga daripada mereka ditahan pada pukul 7.30 malam semalam ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Terdahulu, kesemua suspek berpakaian lokap dilihat tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada pukul 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM.

Show More

Related Articles

Back to top button