
BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAHSUKAN
Faisal Halim melecur disimbah asid
PETALING JAYA – Penyerang kebangsaan Faisal Halim dilaporkan cedera di anggota badan selepas disimbah asid dalam satu kejadian di sini hari ini.
Menurut sumber, Faisal berada di litar go-kart apabila kejadian berlaku.
“Kami tidak pasti di mana tempat itu tetapi kami tahu dia diserang oleh beberapa lelaki, yang menyimbah asid ke atasnya.
“Kami sedang dalam perjalanan untuk memeriksanya.
“Punca kejadian masih tidak dapat dipastikan lagi akan tetapi gambar kecederan beliau sedang menjadi viral di media sosial dan ramai netizen” katanya lagi.
Terdahulu tular beberapa keping gambar badan penyerang Selangor FC melecur disimbah asid.

Malah baju yang dipakainya juga cair terkena simbahan asid berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








