BERITA SEMASA

Budak lelaki autisme ditemukan lemas

JOHOR BAHRU – Seorang budak lelaki orang kurang upaya (OKU) autisme berusia lima tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saifulbahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada kira-kira pukul 5.59 petang.

Jasad mangsa kemudiannya ditemukan 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman air empat meter.

“Jasad mangsa ditemukan pada pukul 11.15 malam tadi.

“Pihak bomba dimaklumkan mangsa adalah OKU autisme,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button