
Gajah terlibat kemalangan di Setiu berjaya ditangkap semula
SETIU – Seekor gajah betina yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Telaga Papan di sini baru-baru ini berjaya ditangkap semula untuk dirawat dan dihantar ke Taman Negara.
Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong dalam kenyataan berkata, gajah liar dianggarkan berusia 15 hingga 20 tahun itu ditangkap di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Telaga Papan.
“Gajah seberat kira-kira dua tan itu didapati mengalami kecederaan luaran namun pihaknya masih menunggu pemeriksaan lanjut dijalankan pihak veterinar.
“Dijangka gajah liar ini akan dipindahkan ke habitat semulajadi yang bersesuaian dalam masa terdekat sekiranya tiada sebarang kecederaan parah yang dihadapinya,” kata Kean Seong.
Dalam kejadian tiga hari lalu, seekor gajah cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan Porche Cayenne di KM 45, Kampung Kolam di Jalan Terengganu- Kampung Raja.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















