Tarikh lihat anak bulan Ramadan 10 Mac
CYBERJAYA – Tarikh melihat anak bulan Ramadan 2024 ditetapkan pada petang 10 Mac ini bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan telah dipersetujui Majlis Raja-Raja.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan tersebut, hari ini.
Sementara itu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja turut memaklumkan, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan juga telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi terpilih.
LOKASI MELIHAT ANAK BULAN
Wilayah Persekutuan
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi.
Gunung Berincang, Cameron Highlands.
Menara Kuantan 188, Kuantan.
Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman.
Pulau Perhentian, Besut.
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu.
Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Puteh.
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai.
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.
Sarawak
Pusat Falak Miri.
Teluk Bandung, Kuching.
Tanjung Batu, Bintulu.
Sabah
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan.
Perlis
Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Johor
Pontian Kecil, Johor.
Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu,Tanjung Bidara.
Negeri Sembilan
Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson.
Selangor
Bukit Melawati, Kuala Selangor.
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat.
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.
Perak
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong.
Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.
Kedah
Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda.
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi.
Menara Alor Setar, Alor Setar.
Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















