BERITA SEMASA

Penjawat awam di Pahang kerja separuh hari pada Jumaat Ramadan

KUALA LUMPUR – Penjawat awam di Pahang hanya perlu bekerja sehingga pukul 12.30 tengah hari pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penetapan waktu bekerja ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

“Kerajaan Negeri Pahang memaklumkan bahawa waktu bekerja penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga jam 12.30 tengah hari.

“Penetapan waktu bekerja ini adalah selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

“Penetapan ini turut melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya hari ini.

Wan Rosdy Wan Ismail

Dalam pada itu, beliau merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mula Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan patik-patik sekalian.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button