AGAMABERITA SEMASA
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menyeru agar bulan yang penuh keberkatan ini dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadah, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat saling membantu antara satu sama lain.
“Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, serta seluruh rakyat dikurniakan kesejahteraan, keamanan dan keharmonian,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam tadi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






