AGC fail rayuan keputusan bebas Chegubard
KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, daripada pertuduhan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.
AGC berkata, notis rayuan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan keputusan mahkamah yang membebaskan Chegubard tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan.
“Chegubard sebelum ini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong, yang dikatakan boleh menjejaskan nama baik institusi Diraja.
“Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Setelah mempertimbangkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tersebut, Jabatan ini telah memfailkan Notis Rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
AGC turut berkata, ia komited menegakkan keadilan dan memastikan setiap proses undang-undang dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








