BERITA SEMASA

Agong berkenan tandatangani Akta Antibuli 2026

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda bertitah, akta berkenaan telah digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember tahun lalu.

“Ia bagi mewujudkan satu mekanisme khusus untuk menangani kes buli melibatkan semua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawah akta tersebut.

“Di bawah akta itu, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk menguruskan dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab serta bidang kuasa masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Baca juga : RUU Anti-Buli dibentang di Parlimen sebelum sesi kali ini tamat

Kenyataan itu turut memaklumkan Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai sebuah badan kuasi kehakiman khusus bagi menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa.

Tribunal berkenaan juga diberi kuasa untuk memberikan sebarang pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi tujuan pembelaan serta keadilan terhadap mangsa buli.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button