Agong kurnia bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia
KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan sumbangan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
Menurutnya, sumbangan itu akan disalurkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal.
Seri Paduka Baginda turut menitahkan agar YSIJ berhubung dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan bantuan tersebut dapat disampaikan kepada semua keluarga terlibat.
“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan,” titah Baginda kepada Royal Press Office, hari ini.
Kebakaran besar di perkampungan atas air pada Ahad lalu menyebabkan 1,000 rumah musnah dan menjejaskan ribuan penduduk.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








