JENAYAH & MAHKAMAH

Polis dapatkan keterangan 7 individu

Insiden kebakaran kediaman Ngeh Joo Ham semalam

IPOH – Pihak polis telah mendapatkan keterangan daripada tujuh individu berhubung kes khianat di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat.

“Polis juga memantau dan meningkatkan rondaan di kawasan kediaman Ahli Parlimen itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button