BERITA SEMASAPMX

Anwar mahu laporan terperinci projek penyelesaian masalah air UMS

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican menyediakan laporan terperinci berhubung kemajuan projek penyelesaian masalah gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kata Anwar, beliau sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta sewaktu kunjungan beliau ke negeri itu tahun lalu.

“Saya baca di media sosial ketibaan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) disambut oleh mahasiswa UMS yang belum mandi kerana ketiadaan air.

“KSP boleh tanya Ketua Setiausaha (KSU) KPT apa yang berlaku sejak kelulusan saya dan tindakan yang telah diambil oleh kementerian dan universiti untuk melaksanakannya,” kata Anwar ketika perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Kata Anwar, segenap jentera kerajaan sepatutnya mempunyai keseragaman dan kefahaman dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Pada sebahagian orang ini perkara kecil tetapi mahasiswa hadapi masalah bekalan air, patut meresahkan kita.

“Sebab itu antara perancang dan pengurus di bawah itu akan ada kesenjangan yang nyata,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button