Ayam Brand santuni lebih 700 penerima manfaat menerusi kempen CSR
KUALA LUMPUR – Lebih 700 individu menerima manfaat menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ayam Brand yang turut melibatkan sumbangan makanan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negara.
Inisiatif menerusi kempen #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan itu turut membabitkan 10 sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung Malaysia.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, program berasaskan sekolah berkenaan menggabungkan pendidikan pemakanan, aktiviti penyediaan makanan secara praktikal dan amalan kelestarian bagi membantu murid membentuk tabiat pemakanan lebih sihat serta memahami kepentingan menjaga alam sekitar.
Menurutnya, menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan, murid bukan sahaja memperoleh pengetahuan, malah turut didedahkan kepada kemahiran praktikal untuk membuat pilihan lebih baik dalam kehidupan seharian.
“Bersama inisiatif sumbangan makanan di seluruh negeri, #AyamBersamaMu mencerminkan komitmen berterusan Ayam Brand untuk menjadikan makanan berkhasiat lebih mudah diakses, menggalakkan amalan lestari dalam kalangan generasi muda serta menyokong komuniti yang memerlukan.
“Di Ayam Brand, kami percaya bahawa usaha menyemai masa depan yang lebih sihat bukan sekadar menyediakan makanan berkhasiat.
“Melalui #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan, kami berharap dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan, penyediaan makanan dan kelestarian sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan, di samping menggalakkan tabiat sihat yang dapat diamalkan oleh kanak-kanak sehingga mereka dewasa,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga : Ayam Brand perkenal pes masakan 50g, mudahkan penyediaan hidangan harian
Program CSR itu turut menampilkan sesi Ayam Brand Nutrition Health Talk secara interaktif yang dikendalikan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menerusi sesi berkenaan, murid diperkenalkan kepada konsep pemakanan seimbang, kumpulan makanan dan pembahagian saiz hidangan melalui konsep ‘Suku-Suku Separuh’ yang dipromosikan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mereka turut mempelajari nutrien penting seperti protein dan Omega-3 yang terkandung dalam produk Ayam Brand serta peranannya dalam menyokong tumbesaran dan kesihatan secara keseluruhan.
Pengetahuan itu kemudian dipraktikkan menerusi aktiviti penyediaan makanan dalam kelas Kemahiran Hidup dengan menggunakan produk Ayam Brand.
Antara hidangan ringkas dan berkhasiat yang disediakan murid ialah sandwic ayam carik, wrap ayam carik dan nasi ayam carik Teriyaki.
Mengulas lanjut, Wei Ling berkata, kesemua 10 aktiviti di sekolah sudah selesai dilaksanakan, manakala sumbangan makanan turut disalurkan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negeri.
Katanya, kempen berkenaan menggabungkan pendidikan, kemahiran praktikal, kelestarian dan sokongan komuniti sebagai usaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat hari ini serta menyemai amalan lebih sihat untuk generasi akan datang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














