JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan pegawai PBT disyaki seleweng wang kutipan RM63,000

​SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki menyeleweng wang kutipan hasil bayaran proses pelan bangunan berjumlah kira-kira RM63,000.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor, di sini.

​Siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 hingga 2023 dengan mengeluarkan resit yang disyaki palsu sedangkan wang kutipan tersebut tidak dimasukkan ke dalam Akaun Hasil PBT tempatnya berkhidmat.

Sementara itu, ​Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button