KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Calon PRN Melaka diingatkan berkempen secara sihat

SHAH ALAM – Semua calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diminta menjalankan kempen secara sihat tanpa menyebarkan kandungan palsu atau berunsur fitnah terhadap mana-mana pihak.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, orang ramai yang mengesan penyebaran kandungan sedemikian di media sosial diminta segera membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurutnya, aduan juga boleh dibuat terus kepada penyedia platform media sosial seperti Facebook dan TikTok bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Pihaknya akan terus memantau perkembangan sepanjang tempoh pilihan raya bagi memastikan kempen berlangsung dalam suasana harmoni dan terkawal.

“Saya akan ke Melaka esok untuk melihat antara lain pusat media dan kita akan teliti aduan-aduan yang disampaikan oleh khalayak umum.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang melihat kandungan sama ada bersifat palsu ataupun fitnah terhadap mana-mana calon, saya minta untuk segera laporkan kepada MCMC,” katanya pada sidang media selapas merasmikan Hari Kurier Negara 2026 di SACC hari ini.

Beliau berkata, MCMC sudah meneliti isu capaian internet di semua pusat mengundi sebagai persediaan menghadapi hari pengundian.

“Pihaknya menjangkakan tiada masalah capaian internet berlaku di pusat-pusat mengundi pada hari berkenaan berdasarkan penelitian awal yang dilakukan,” katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan pertandingan berlangsung secara sihat, manakala sebarang keputusan berkaitan perkara politik akan diserahkan kepada pimpinan.

“Kita mengambil sikap, kita akan fokus kepada pertandingan yang sihat dan apa-apa keputusan nanti akan dibuat oleh pimpinan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button