POLITIK

MCA dapat kerusi tambahan, cabar kubu kuat DAP di Bandar Hilir

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengatakan MCA akan mendapat kerusi tambahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini disahkan Presidennya, Datuk Wee Ka Siong hari ini.

Ka Siong berkata, kerusi ketiga MCA selepas Machap Jaya dan Klebang itu dicapai selepas rundingan terbaharu antara BN dan Perikatan Nasional (PN), yang bersetuju memberi laluan kepada parti itu di kerusi berkenaan.

Katanya, MCA akan mempertaruhkan Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Jasmine Lok, 38, yang juga Ketua Penerangan MCA negeri untuk mencabar kerusi majoriti pengundi Cina yang sekian lama dikuasai DAP.

“Pada 4 petang tadi, Pengerusi BN Zahid Hamidi menyerahkan surat watikah kepada calon berkenaan.

“Pengundi di kawasan itu mengenali MCA dan kita mempunyai ahli majlis tempatan yang berkhidmat di sana,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Related Articles

Jasmine yang menjadi ahli majlis tempatan sejak 2022 bakal membuat penampilan sulung dalam pilihan raya kali ini.

Kerusi yang mempunyai 73 peratus bangsa Cina itu pernah dikuasai MCA dari 1982 hingga 1995 sebelum DAP kembali memenanginya dan terus mempertahankan kedudukan berkenaan, termasuk dengan majoriti 7,778 undi pada PRN 2021.

Ka Siong berkata, perkembangan terbaharu bermakna PN hanya akan bertanding di enam kerusi pada PRN kali ini.

Minggu lalu, Wee mengetuai tindakan MCA meninggalkan majlis pengumuman calon BN selepas mendakwa parti itu tidak dirujuk dalam rundingan pembahagian kerusi.

Bagaimanapun, selepas perbincangan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin lain, MCA bersetuju bertanding di dua kerusi DUN yang diperuntukkan kepada parti itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button