JENAYAH & MAHKAMAH

Polis selamatkan bayi baru lahir ditanam hidup-hidup

KAPIT – Polis menyelamatkan seorang bayi yang ditemui ditanam hidup-hidup berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, bayi berkenaan ditemui oleh anggota polis yang mendengar tangisannya semasa menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit kira-kira pukul 2.30 petang.

“Bayi lelaki itu ditemui anggota semasa pencarian di lokasi kejadian selepas mendengar tangisan.

“Bayi yang baru lahir itu dijumpai dalam keadaan tertanam,” katanya, hari ini.

Menurut Rohana, bayi yang berada dalam keadaan kritikal tu kemudiannya dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Related Articles

Beliau menambah, pihaknya sudah mengenal pasti seorang suspek wanita namun keterangannya masih belum dirakam memandangkan dia masih menerima rawatan di hospital.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan dan membuang kanak-kanak oleh ibu bapa atau penjaga, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button