BERITA SEMASA

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor sudah sedar daripada koma

JOHOR BARU – Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang, yang cedera parah selepas dipercayai tertembak dirinya sendiri di dada 28 April lalu, dilaporkan sudah sedar daripada koma.

Rakannya yang juga bekas Ketua Penerangan parti, Peter Khoo Kong Ek mengesahkan Lek Khang masih menerima rawatan di sebuah hospital di sini dan mungkin memerlukan pembedahan susulan, lapor BERNAMA.

BACA JUGA:
Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor cedera dipercayai akibat tertembak diri sendiri

“Beliau sudah sedar tetapi masih lemah walaupun sudah boleh bercakap sedikit,” katanya, hari ini.

Lek Khang yang juga seorang ahli perniagaan sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail, di sini selepas menjalani pembedahan selama empat jam untuk mengeluarkan peluru dari dadanya.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, Lek Khang tertembak dirinya secara tidak sengaja ketika mengosongkan senjatanya selepas sesi latihan menembak di Lapang Sasar Ladang Rem di Kota Tinggi.

Tan dikatakan memiliki lesen senjata api yang sah sejak 2022 bagi tujuan keselamatan diri dan sukan menembak.

Polis sudah merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu siasatan, termasuk lima pengawal peribadi, anak tiri Tan yang berusia 19 tahun, seorang jurulatih menembak dan dua rakannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button