Lelaki maut tersepit dalam mesin penghancur kertas
BENTONG – Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas dipercayai tersepit dalam mesin penghancur kertas di sebuah kilang kertas di Kawasan Perindustrian Bentong, di sini malam tadi.
Mangsa, Muhamad Saifulnizam Miskam ditemukan tidak sedarkan diri selepas dilaporkan tersepit di dalam mesin berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Azmi Mahmod berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.56 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis kemudian digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bentong untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan sewajarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








