SPRM komited perkukuh integriti belia, semai budaya antirasuah
PUTRAJAYA – Pasukan Gerakan Belia 4B Johor muncul juara Pertandingan Debat Piala Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.
Penganjuran peringkat akhir pertandingan itu menyaksikan perdebatan sengit antara dua kumpulan belia bagi membahaskan usul “Dewan Ini Membenarkan Gabungan Persatuan Belia Menggunakan Aset Rasuah Yang Dirampas Bagi Membangunkan Kepimpinan Belia Melalui Gerakan Antirasuah”.
Penilaian perbahasan diadili oleh barisan panel juri yang dianggotai tujuh hakim yang diketuai Ketua Hakim Pertandingan merangkap Hakim Tertinggi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Prof. Madya Ts. Dr. Fahmy Abdullah.
Penganjuran pertandingan tersebut mencerminkan kerjasama strategik SPRM dan MBM dalam membudayakan integriti serta menyemai sikap tegas menolak rasuah dalam kalangan generasi muda.
Usaha demikia turut membuka ruang kepada belia untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong agenda antirasuah di peringkat masyarakat.
Dalam pertandingan itu, Pendebat Terbaik pusingan akhir disandang oleh Muhhad Idham Hafizie Zainuddin daripada Sekretariat Rakan Muda (SRM) Kelantan.
Majlis penyampaian hadiah kemudiannya disempurnakan oleh Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






