BERITA SEMASAPMX

PM ucap selamat berjuang buat kontinjen negara di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat buat kontinjen Malaysia yang bakal menggalas cabaran negara pada Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, beliau menzahirkan harapan atlet negara membawa semangat juang bagi memberikan yang terbaik pada temasya tersebut.

“Selamat berjuang buat kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026. Bawalah semangat juang, keberanian dan tekad untuk memberikan yang terbaik,” katanya.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh memberikan sokongan kepada mereka.

“Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama anda. Terus melangkah, cipta kejayaan dan harumkan nama negara!” ujarnya.

Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober ini dengan Malaysia menyasarkan enam pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa menerusi penyertaan dalam beberapa acara termasuk olahraga, badminton dan boccia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button