BERITA SEMASAPMX

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta bagi Tabung Kasih@HAWANA

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi Tabung Kasih@HAWANA untuk tahun hadapan.

Anwar mengumumkan peruntukan tersebut ketika merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024, di sini hari ini.

Hadir sama, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Tabung Kasih@Hawana yang diwujudkan bersempena dengan sambutan HAWANA 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media yang masih dalam perkhidmatan atau telah bersara selain mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan.

Inisiatif Kementerian Komunikasi itu dilaksanakan menerusi BERNAMA bagi menyantuni wartawan dan petugas media yang masih dalam perkhidmatan atau telah bersara.

Perdana Menteri kemudian turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Pusat Kecemerlangan BERNAMA bagi menganjurkan kursus dan latihan berkaitan teknologi kepintaran buatan (AI) untuk pengamal media.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button