BERITA SEMASAPMX

Anwar rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur esok

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 esok sebagai sokongan berterusan kerajaan terhadap budaya ilmu dan amalan membaca dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.

Perdana Menteri menegaskan, budaya membaca penting dalam melahirkan masyarakat yang lebih matang dan berfikiran luas ketika dunia kini berdepan pelbagai cabaran semakin kompleks.

Menurut beliau, buku bukan sahaja menjadi sumber ilmu, malah mendidik masyarakat supaya lebih sabar berfikir serta bijaksana dalam membuat penilaian.

“Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas mengambil kesempatan sempena cuti Aidiladha untuk membaca beberapa buku kegemarannya daripada pelbagai bidang termasuk sastera sambil merenung perjalanan zaman yang semakin mencabar.

Menerusi video yang dikongsikan, Anwar turut membacakan beberapa puisi berkaitan perjuangan politik beliau serta ketabahan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail ketika menempuh cabaran sepanjang era Reformasi.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-43 itu dijadual berlangsung dari 29 Mei hingga 7 Jun di World Trade Centre Kuala Lumpur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button