BERITA SEMASA
Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat
KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin kanan sebuah parti politik ditangkap khalwat bersama seorang wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), semalam.
Menurut sumber, pemimpin berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 6 petang di sebuah kediaman di Petaling Jaya, Selangor.
“Pasukan penguat kuasa JAIS dengan kekuatan lima orang tiba dan masuk ke kediaman itu. Ketika serbuan, pemimpin dan wanita terbabit berada di rumah tersebut,” katanya memetik laporan Astro Awani.
Kedua-dua individu terbabit dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








